Saturday, November 7, 2009

pagi hujung minggu bermula dengan keBangkitan.. kebangkitan ain yang penuh muatan pada Pampersnya.. hehehe.. Hrmm,, hujung minggu ni masih tak ader rancangan nak kemana-mana lagi.. walhal sampai hari isnin ni ramai geng kat sekolah tu tengah syok membeli belah kat pasar khadijah di kota bharu dan pasar payang kuala terengganu.Kelab guru buat lawatan shoping kat sana.
Tapi tak tahu macam mana lagi sebab berita kat media arus perdana semalam ada mengatakan kawasan pantai timur hujan dan banjir.Malah di rantau panjang terdapat sebahagian yang sudah diarah berpindah kerana paras air disungai golok telah melepasi tahap bahaya.
Apa-apa pun kehadiran malam ini sanagat ditunggu-tunggu.. kul 8.45 menentukan adakah sejarah untuk negeri kelantan bakal terpalit sebagai juara Piala Malaysia.Walaupun tak dapat untuk memberi sokongan di stadium tapi sokongan tetap untuk pasukan the red warrior.Lagipun Jualan tiket dah kehabisan.. Tapi untuk korang yang nak pegi jugak stadium..jangan risau.mungkin diorang yang terperangkap dengan banjir tidak dapat hadir ke stadium..hehehehehe.
What up'' nak bersiap-siap dulu.
to be continue..

No comments: